fb fb fb fb fb

Saarani dititah menghadap Sultan Perak hari ini

IPOH, 14 Oktober- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini, hari ini dipercayai
berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) selaras dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Datuk Seri Saarani berkata, beliau dititahkan untuk menghadap Sultan Nazrin.

Jelas beliau, sebarang pengumuman berkaitan pembubaran DUN Perak akan dimaklumkan oleh pihak istana.

“Tidak pasti apa tujuan (menghadap)…tunggu sehingga Istana buat pengumuman,” kata Saarani.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak di sini.

(Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad)

Pada Rabu, Datuk Seri Saarani yang menghadap Sultan Nazrin berkata, baginda belum memberi sebarang perkenan berkaitan pembubaran DUN Perak.

Tambahnya, sebarang ketetapan mengenai permohonan pembubaran DUN akan diumumkan selepas Sultan Nazrin berkenan membuat keputusan.

Media Baharu