fb fb fb fb fb

Aplikasi 'MyRapid PULSE' versi terbaharu

Meningkatkan pengalaman perjalanan pengguna rel dan bas

PETALING JAYA, 1 Mei - Prasarana Malaysia melancarkan versi terbaharu aplikasi perancang perjalanan MyRapid PULSE.

Ia bertujuan meningkatkan pengalaman perjalanan harian pengguna perkhidmatan rel dan basnya.

Antara ciri utama dalam aplikasi itu termasuklah fungsi navigasi perancang perjalanan yang lebih mudah dan mesra pengguna.

Aplikasi itu turut memperkenal ciri 'Jelajah Bandar' bagi membantu pengguna mengenal pasti lokasi-lokasi menarik di sekitar Lembah Klang.

Ia berdasarkan beberapa kategori antaranya mercu tanda pelancongan.

Aplikasi MyRapid PULSE turut memperkenal ciri 'Ganjaran dan Promosi' yang memberi lebih nilai tambah kepada pengguna berdaftar.

Pengguna digalakkan memuat turun aplikasi MyRapid PULSE versi baharu di Google Play Store atau Apple App Store.

Versi terdahulu sudah ditamatkan sepenuhnya hari ini. 

ANDY REZA ROHADIAN BIN KHAIRUL ANWAR