fb fb fb fb fb

Penamatan subsidi telur berfasa, peniaga jangan naikkan harga makanan sesuka hati

Pakar Ekonomi, Profesor Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Golongan peniaga, khususnya dalam sektor makanan, diingatkan agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga jualan susulan penamatan subsidi telur berfasa yang berkuat kuasa hari ini.

Pakar Ekonomi, Profesor Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata, impak terhadap harga pasaran dijangka tidak memberi kesan besar memandangkan bekalan telur ketika ini sudah kembali stabil.

“Justeru, saya menyeru agar peniaga tidak menaikkan harga makanan secara mendadak kerana berdasarkan trend sebelum ini, apabila harga makanan sudah dinaikkan, jarang sekali ia diturunkan kembali, walaupun harga bahan mentah sudah stabil,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna agar memainkan peranan dengan melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekiranya berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah.

Pengguna juga digalakkan untuk bertindak bijak dalam membuat pilihan pembelian.

“Tindakan seperti ini memberi isyarat kepada para peniaga agar mematuhi harga pasaran dan tidak memanipulasi pengguna. Dengan kerjasama pengguna dan penguat kuasa secara berterusan, insya-Allah kita dapat kawal kenaikan harga agar tidak membebankan rakyat,” ujarnya lagi.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI