fb fb fb fb fb

JPJ Johor keluarkan 210 notis kepada pemilik motosikal

MUAR, 14 Oktober- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 210 notis terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan, menerusi Op Khas Motosikal dijalankan di Jambatan Sultan Ismail, Muar, semalam.

Menerusi kenyataan di laman sosial Facebook JPJ Johor, pemeriksaan ke atas 137 buah motosikal, turut mengesan dua warga asing yang menunggang tanpa lesen memandu sah.


(Ketua JPJ Cawangan Muar, Khairul Aswad Abdul Halim turut bersama dalam Op Khas Motosikal) 

Antara kesalahan dikesan, 62 notis tiada lesen memandu, 18 notis LKM tamat tempoh, 18 notis tiada perlindungan insurans, dan 12 notis lesen memandu tamat tempoh.

Kesalahan lain, 17 notis tidak menampal lesen P, 23 notis tidak menggunakan laluan motosikal, serta kesalahan- kesalahan teknikal, melibatkan nombor
pendaftaran, ubahsuai motosikal, serta tiada lampu brek dan cermin sisi.

2 warganegara asing yang menunggang tanpa lesen memandu yang sah iaitu seorang warganegara Myanmar dan seorang warganegara Kemboja.

Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Untuk sebarang aduan trafik bolehlah disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@Jpj atau kepada http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Turut hadir operasi tersebut Khairul Aswad Abdul Halim, Ketua JPJ Cawangan Muar dan Rosdi Jusoh, Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Cawangan Muar.

Media Baharu