fb fb fb fb fb

PRU ke-15 wujud kestabilan politik

(Dr. Muhamad Nadzri Mohamed Noor)

KUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kestabilan politik negara diyakini dapat dinikmati menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Menurut penganalisis sosiopolitik, Dr. Muhamad Nadzri Mohamed Noor, ia bagaimanapun bergantung pada sejauh mana kekuatan parti yang menjadi pilihan rakyat.

"Ia bergantung sejauh mana parti utama khasnya di Semenanjung, sebab biasanya Sabah dan Sarawak akan ikut parti yang popular atau parti yang dominan di Semenanjung.

"Kalau ada parti agak dominan di Semenanjung, kalau bolehd apat paling kurang 90 tapi lebih baik 100 kerusi. Maka kita boleh jangkakan lebih kestabilan berbanding 2018-2020 tetapi kalau tidak ada parti besar yang ataupun pakatan parti yang mampu mencapai lebih 90 sekurang-kurangnya keadaan mungkin status quo. Maksudnya mana yang berlaku 2018-2020 dalam masa yang sama 2020-2021," kata Dr. Muhamad Nadzri dalam program Selamat Pagi Malaysia.

Tambah beliau, walaupun hasilnya masih menjadi teka-teki, pelaksanaan Akta Antilompat Parti dijangka boleh menjadi mekanisme untuk mengimbangi dan mewujudkan kestabilan politik tanah air secara keseluruhannya.

(Dr. Muhamad Nadzri ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia)

Media Baharu