fb fb fb fb fb

RUU PSB 2025 pastikan bangunan baharu mampu hadapi ancaman gempa

Negara tidak lagi boleh mengambil ringan terhadap risiko gempa bumi/ Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 29 Ogos - Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 diperlukan untuk memastikan bangunan baharu yang dibina bukan sahaja lebih selesa, malah mempunyai daya tahan tinggi ketika berdepan ancaman gempa bumi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, negara tidak lagi boleh mengambil ringan terhadap risiko gempa bumi, selepas daerah Segamat di Johor dilanda bencana alam itu beberapa kali dalam bulan ini.

"RUU PSB diperlukan sebab banyak bangunan sebenarnya dibina sebelum tahun 2016 dan sampai satu tahap ia berisiko runtuh. Inilah sebab kita perlu pada pelaksanaan RUU PSB.

"Saya nak tegaskan, keselamatan awam sentiasa menjadi keutamaan kita,"tegas beliau dalam sidang media KPKT di sini, hari ini.

Tambah beliau, Pihak Berkuasa Tempatan akan meletakkan syarat-syarat penting khususnya aspek keselamatan sebelum sesuatu projek pembinaan bangunan diluluskan.

MASNIZA AWANG KECHIK