fb fb fb fb fb

RUU Pekerja Sosial dibentangkan di Parlimen sebelum akhir tahun ini

LUNDU, 12 Julai - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM sedang memperhalusi Rang Undang-Undang (R-U-U) Pekerja Sosial.

RUU itu akan dibentangkan di Parlimen sebelum akhir tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, setakat ini sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan sedang dijalankan secara menyeluruh merangkumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Ia bagi mendapatkan maklum balas berhubung draf RUU tersebut yang sedang melalui proses perundangan", katanya.

Kementerian turut membuka ruang maklum balas awam secara dalam talian sehingga 13 Julai ini.

"RUU itu nanti akan digubal berasingan daripada Akta Kerja kerana sifat dan skop kerja sosial adalah khusus dan unik", katanya.

Ia akan menetapkan definisi jelas siapa yang layak sebagai pekerja sosial termasuk bidang tugas dan tanggungjawab mereka, sekaligus memberi perlindungan kepada yang terlibat.

Beliau ditemui media selepas sesi Taklimat Perkhidmatan Agensi-Agensi Utama di bawah KPWKM di Lundu, Sarawak.

HASRON BIN HASSAN