KUALA LUMPUR, 7 November-Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang dalam proses menyediakan satu draf Rang Undang Undang (RUU) Pekerja Gig bagi menjaga kebajikan mereka.
RUU tersebut akan dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat pada sidang kali ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, beberapa perbincangan serta kajian mendalam sedang dilakukan dengan pihak berkepentingan melibatkan pelbagai aspek.
"KESUMA sedang mengubal satu draf undang-undang yang saya nyatakan tadi iaitu empat kunci utama iaitu definasi, kadar upah yang setimpal, mekanisme dan perlindungan sosial.
"ini supaya kita dapat situasi menang-menang yang kita mencari titik persamaan dan mangandungi semua aspek yang kita hendak lindungi", katanya demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari yang meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan inisiatif yang sedang diambil kementerian untuk memberikan perlindungan sama rata kepada pekerja Gig di Malaysia.
Tambahnya, KESUMA telah mengambil beberapa inisiatif bagi membangunkan sektor ekonomi gig agar terus berdaya saing kepada ekonomi negara.
Inisiatif-inisiatif tersebut melibatkan aspek kajian, perundangan, perlindungan sosial, dan pembangunan kerjaya bagi pekerja Gig di Malaysia.