fb fb fb fb fb

Bangunan Semarak20: Pengerusi, CEO FELCRA diarah beri penjelasan kepada PAC

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (tengah) semasa hadir pada Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Bersama Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) di sebuah hotel, hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (kanan) dan Timbalan Menteri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang (kiri).

ALOR GAJAH, 7 November - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan meminta Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif  FELCRA Berhad (FELCRA) beri penjelasan kepada jawatankuasa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan prestasi penjualan bangunan komersial Semarak20 di Jalan Semarak yang dikendalikan FELCRA.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, penjualan bangunan terbabit dijalankan secara tender terbuka dan mengikut harga pasaran, sekali gus dapat mengurangkan bebanan kewangan FELCRA.

"Kami merasakan FELCRA masih lagi boleh bertahan duduk di ibu pejabat yang lama dan tidak ada keperluan untuk berpindah dan komersial kompleks yang saya sebutkan pangsapuri servis, kondominium dan sebagainya perlu dijual.

"Ini lebih mudah dijual secara en-block keseluruhannya. Jadi saya akan minta pengerusi FELCRA dan CEO FELCRA untuk memberikan penjelasan kepada PAC supaya PAC jangan tangkap muat sahaja maklumat yang diperolehi" kata Ahmad Zahid.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)  Dengan Exco-Exco Luar Bandar Bil.2/2024 (MEXCLUB), di sini.

Terdahulu, FELCRA mencetuskan kebimbangan PAC kerana masih belum menjual bangunan komersial Semarak20 di Jalan Semarak walaupun terdapat syarikat yang berminat.

PAC dalam laporan diterbitkan semalam, penjualan unit Semarak20 masih dalam status belum dijual dan cadangan itu hanya diperingkat perbincangan bersama-sama pihak pembeli pada ketika ini.

TETITIA YUSOFF