fb fb fb fb fb

RUU kawalan tembakau, rokok: KP kesihatan harap tidak politikkan isu

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Julai - Kementerian Kesihatan berharap semua pihak dapat menyokong Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan di Parlimen.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, akta itu amat penting dalam usaha melahirkan generasi sihat tanpa amalan merokok.


(Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah /Foto BERNAMA)

Beliau dalam ciapan di twitter berharap tiada pihak yang akan mempolitikkan kesihatan, nyawa dan keselamatan ummah.

Justeru, beiau menggesa sokongan diberi kepada (KKM) bagi merealisasikan akta pengharaman rokok, vape dan semua alat merokok kepada generasi yang lahir selepas 2007.

Sebelum ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok sudah dipersetujui pemegang taruh utama.

Ini termasuk pengusaha vape walaupun sebelum ini kumpulan itu menolak industri berkenaan dikawal selia secara sah.

RUU terbabit dijangka dibentangkan di Parlimen minggu depan.

Media Baharu