fb fb fb fb fb

Raja Perlis terima mengadap Pengerusi Rejimen Renjer Diraja di Istana Arau

ARAU, 26 Julai - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima sembah mengadap Pengerusi Rejimen Renjer Diraja (RRD), Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa di Balai Menghadap Biru, Istana Arau.

Di majlis sembah mengadap tersebut, Dzulkafli memaklumkan kepada Tuanku Syed Sirajuddin selaku Tuanku Kolonel Yang DiPertua RRD mengenai perancangan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 1 Rejimen Renjer Diraja tahun depan.


(Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima sembah mengadap
Pengerusi Rejimen Renjer Diraja,Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa di sini)

Selain itu, perancangan acara Rejimen Renjer DiRaja yang melibatkan keberangkatan baginda bagi separuh kedua tahun 2022 dan awal 2023 serta majlis sembah kenal Pegawai-Pegawai Kanan Rejimen Renjer Diraja berpangkat Brigedier Jeneral ke atas.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia.

Majlis turut dihadiri pegawai kanan Rejimen Renjer Diraja terdiri daripada Mejar Jeneral Abdul Rahman A. Wahab, Brigedier Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng, Brigedier Jeneral Sarman Bahrom, Brigedier Jeneral Shamsor Jaafar dan Brigedier Jeneral Mohd Azmurin Mat Khalib.

Turut serta ialah Brigedier Jeneral Abu Hassan Assha'ari Kamis @ Shaffiee, Brigedier Jeneral Kamaralzaman Abd Aziz, Brigedier Jeneral Hashim Osman dan Setiausaha Rejimen Renjer Diraja, Kolonel Wan Edenin Wan Mahsin.

Media Baharu