fb fb fb fb fb

Jenazah Muhammad Iman Aqmar selamat dikebumikan

(Jenazah dibawa dari Hospital Tengku Ampuan Afzan ke Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota,
Pahang pukul 2.30 petang semalam untuk dimandikan, dikafan dan disolatkan sebelum dibawa
pulang ke Pasir Gudang, Johor Bahru untuk dikebumikan)

JOHOR BAHRU, 26 Julai- Jenazah Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24 tahun yang ditemukan dalam sebuah kereta di sungai Api-Api, Jalan Nenasi-Pekan, Pahang, selamat dikebumikan.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, pukul 1 pagi tadi.

Jenazah dibawa dari Hospital Tengku Ampuan Afzan ke Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota, Pahang pukul 2.30 petang semalam untuk dimandikan, dikafan dan disolatkan sebelum dibawa pulang ke Pasir Gudang, Johor Bahru untuk dikebumikan.

Jenazah tiba di kediaman keluarga kira-kira 11.45 malam semalam dan disolatkan sekali lagi.

Sementara itu, Ibunya, Azmawati Ab Kadir menyatakan rasa lega tanda tanya kehilangan anaknya itu akhirnya terjawab.

(Ibu Allahyarham Muhammad Iman, Azmawati Ab Wahab)

"Lapang sangat kalau tidak asyik terfikir ke mana anak saya, kalau cuaca hujan selalu saya terfikir di mana abang (panggilan untuk Muhammad Iman). Sekarang saya dah dapat kepastian bahawa anak saya telah menemui pencipta-Nya," katanya.

Bagi tunangya, Nurfaizah Mahadi, dia bersyukur dengan penemuan mayat Muhammad Iman.

"Saya rasa bersyukur sangat sebab selama hampir 10 bulan menunggu jawapan di manakah dia (Muhammad Iman) berada, dan semuanya sudah terjawab, Allamdulillah dapat tengok kubur dia," katanya

Mayat Allahyarham Muhammad Iman ditemukan lengkap berpakaian dalam kereta miliknya, Sabtu lalu.

Dia dilaporkan hilang sejak 29 Oktober tahun lalu semasa dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu dari Pasir Gudang, Johor Bahru.

Berita berkaitan
Mayat lelaki yang hilang sejak 10 bulan lalu, ditemukan dalam kereta
Penantian berakhir, kehilangan Muhammad Iman terjawab -ibu

 

Media Baharu