fb fb fb fb fb

Lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar

(Majlis penyampaian anugerah kepada 77 usahawan luar bandar yang memenangi
pertandingan Anugerah Kecemerlangan Usahawan Peserta (AKUP) Felcra Berhad)


KUALA LUMPUR, 26 Julai- RM10.01 juta ringgit disalurkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang bakal memanfaatkan 568 usahawan dan peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA).

Menurut menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid, selain dari bantuan kewangan, peruntukan lebih memfokuskan bantuan pembangunan dan inovasi usahawan sedia ada.

“Penyaluran itu merupakan inisiatif membantu usahawan luar bandar untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

(Mahdzir pada sidang media selepas majlis penyampaian anugerah kepada 77 usahawan luar bandar
yang memenangi pertandingan Anugerah Kecemerlangan Usahawan Peserta (AKUP) Felcra Berhad)


“Ia juga bagi mempelbagaikan sumber pendapatan peserta supaya mereka tidak hanya bergantung kepada bayaran agihan keuntungan hasil komoditi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian anugerah kepada 77 usahawan luar bandar yang memenangi pertandingan Anugerah Kecemerlangan Usahawan Peserta (AKUP) Felcra Berhad, di sini.

Turut hadir Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Tambahnya, peruntukan tersebut disalurkan kepada FELCRA Berhad dalam Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 5 aktiviti utama iaitu Penglibatan Komuniti, Kelestarian Industri Desa, Perlengkapan Premis Perniagaan, Agro-Pertanian dan Pembanunan Hasil Baru bagi memperkasa usahawan luar bandar. 

Media Baharu