fb fb fb fb fb

RM1.41 juta diperuntuk bantu 282 skim strata kos rendah di Negeri Sembilan

SEREMBAN, 26 Julai- Kerajaan Negeri Sembilan memperuntuk sebanyak RM1.41 juta dalam inisiatif baharu Bajet 2022 kepada Badan Pengurusan Bersama/Perbadanan Pengurusan (JMB/MC) bagi membantu 282 skim strata kos rendah di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun memberitahu, inisiatif bantuan kewangan secara sekali beri bernilai RM5,000 tersebut dapat membantu mereka melaksana pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Tambahnya, bangunan bertingkat atau berstrata yang pesat membangun tidak memberi apa-apa makna sekiranya tidak diurus dengan cekap dan diselenggara secara sistematik.

"Sebanyak RM1.41 juta inisiatif bantuan kewangan secara sekali beri telah disalurkan dan ini bagi bajet tahun 2022 bagi geran iaitu mereka menjalankan aktiviti di kawasan masing-masing,"kata Aminuddin.

Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Geran JMB/MC 2022 di Seremban. Pada majlis tersebut sebanyak 113 skim strata kos rendah dalam kawasan Majlis Bandar Raya Seremban mendapat manfaatnya dengan jumlah peruntukan bernilai RM565,000.

Datuk Seri Aminuddin turut berharap semua penerima geranĀ  bersama-sama menghargai dan menjaga kemudahan yang diberi oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya supaya kemudahan yang disediakan dapat digunakan dalam jangka masa panjang.


(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun)

Media Baharu