fb fb fb fb fb

RUU kawal selia bahan nikotin dibentang Mei

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 1 April- Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu untuk mengawal selia bahan nikotin dalam cecair rokok elektronik atau vape.

Menurut Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa, ia dijangka dibentangkan pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen ke-15 Mei depan.

"KKM menjalankan sesi libat urus berhubung dasar ditetapkan di bawah RUU baharu itu.

"KKM turut prihatin atas kebimbangan serta maklum balas yang diterima mengenai hal terbabit," katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, KKM mempergiatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape melalui Pelan Generational Endgame Anti Rokok (GEGAR).


(Foto BERNAMA)

Media Baharu