fb fb fb fb fb

Bot nelayan tangkap ikan di zon larangan ditahan

(Seorang tekong dan lima kru bersama sebuah bot nelayan ditahan di luar zon
menangkap ikan di perairan Labuan)

BINTULU, 1 April- Sebuah bot nelayan tempatan ditahan kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan di luar zon yang dibenarkan di sini, semalam.

Tangkapan dibuat pada jarak lebih kurang 9.6 batu nautika dari Samalajau oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu, sekitar pukul 9.00 pagi.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, anggota penguat kuasa Maritim Malaysia Zon Bintulu melakukan tangkapan menggunakan bot samaran di kawasan yang menjadi titik panas kegiatan penangkapan ikan.

Katanya, bot terbabit dikendalikan seorang tekong warga tempatan bersama lima kru warga asing berusia antara 29 hingga 56 tahun.

Bot dan kesemua kru ditahan untuk tindakan lanjut bersama-sama hasil tangkapan ikan campur 300 kilogram dipercayai baru ditangkap serta kapal dan peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM500,000 untuk siasatan lanjut.

(Hasil tangkapan ikan campur 300 kilogram yang dirampas)

Media Baharu