fb fb fb fb fb

Lawatan PM ke China perkasa hubungan diplomatik

(Foto BERNAMA)

BEIJING, 1 April- Lawatan di China dianggap berhasil dalam memperkasa hubungan diplomatik melibatkan jalinan ekonomi dan pelaburan pelbagai sektor.

Ini termasuk sektor perumahan, pendidikan, pertanian, teknologi dan tenaga. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata maklum balas yang diterima daripada Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Qiang amat baik terutama memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan China.

"Sikap kita terhadap China adalah sebagai rakan perdagangan dan strategik walaupun telah terjalin sekian lama, kita harus tingkatkan,"katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Anwar turut mempertahankan kunjungan rasmi ke luar negara memberi bermanfaat kepada rakyat, selain menjadi usaha terbaik bagi memperkasa ekonomi negara.

Beliau juga beranggapan pihak yang mengkritik siri lawatan kerajaan ke luar negara sebagai tidak cakna kepada perkembangan semasa.

Katanya, lawatan rasminya ke China kali ini membawa pulangan pelaburan terbesar dalam sejarah dengan nilai pelaburan China ke Malaysia sebanyak RM170.7 bilion.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu