fb fb fb fb fb

Rusia sekat perkhidmatan Google News

KYIV, 25 Mac- Rusia telah mengehadkan akses perkhidmatan Google News, dengan mendakwa ia menyediakan akses kepada maklumat tidak benar tentang serangan Rusia di Ukraine.

Keputusan itu diambil atas permintaan Pejabat Pendakwa Raya negara itu.

Menurut kenyataan pengawal selia media negara, perkhidmatan berita dalam talian menyediakan akses kepada banyak penerbitan dan bahan yang mengandungi maklumat palsu, tentang perjalanan operasi ketenteraan khas di wilayah Ukraine.

(FOTO AFP)

Google mengesahkan terdapat kesukaran dalam mengakses apl dan tapak web Google News di Rusia dan bukan disebabkan isu teknikal di pihak mereka.

Sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 24 Februari lalu, kerajaan Rusia telah mengetatkan kawalan terhadap maklumat di Internet.

Banyak media Rusia dan asing, termasuk BBC, telah menyekat perkhidmatan dalam talian mereka termasuklah aplikasi Twitter. -AFP

Media Baharu