fb fb fb fb fb

Rusia dakwa Ukraine ada senjata biologi, PBB adakan mesyuarat petang ini

(Gambar fail Majlis Keselamatan PBB bermesyuarat di ibu pejabat PBB di New York/AFP)

AMERIKA SYARIKAT, 11 Mac- Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini atas permintaan Rusia berhubung dakwaan pembangunan senjata biologi di Ukraine.

Semalam Rusia menuduh Amerika Syarikat (AS) membiayai pembangunan senjata biologi di Ukraine tatkala tentera Moscow masih meneruskan operasi ketenteraan di negara bekas Soviet yang juga jirannya.

Namun Washington dan sekutunya Kiev menafikan kewujudan makmal pengeluaran senjata bilologi itu dan AS menyatakan dakwaan itu petanda bahawa Moscow bakal menggunakan senjata jenis itu.

Negara Barat menyalahkan Rusia menggunakan muslihat dengan menuduh AS dan sekutunya membangunkan senjata biologi dan kimia yang dijadikan alasan untuk Rusia menggunakan senjata itu di Ukraine – tuduhan sama dilakukan Moscow di Syria.

Pada mesyuarat bulanan Majlis Keselamatan PBB berhubung penggunaan senjata kimia di Syria – kes yang masih belum diselesaikan atas kekurangan maklumat itu terus dikecam PBB dan kini Washington serta London membangkitkan pula di Ukraine.

“Persekutuan Rusia secara berulang menyebarkan maklumat salah mengenai penggunaan senjata kimia di Syria,” kata Timbalan Utusan Khas AS ke PBB, Richard Mills.

"Siri pembohongan terbaharu yang Rusia telah lakukan dalam usaha untuk mewajarkan perang yang dirancang dan tidak dirancang yang sudah dilakukan di Ukraine, memperjelas secara keseluruhan, bahawa Rusia tidak boleh dipercayai apabila bercakap tentang penggunaan senjata kimia di Syria." kata Mills.

Pada 2018, Moscow menuduh AS secara rahsia menjalankan eksperimen senjata biologi di makmal Georgia, bekas negara republik Soviet seperti Ukraine yang bercita-citi untuk bersama Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Kesatuan Eropah. -AFP


(Protes sokongan kepada Ukraine berhubung pelaksanaan larangan zon terbang)

Media Baharu