fb fb fb fb fb

MIDF tawar bantuan pembiayaan sehingga RM100,000 kepada semua PKS terjejas banjir

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) menawarkan bantuan pembiayaan sehingga RM100,000 kepada semua sektor PKS yang terjejas banjir.

Ini meliputi pembiayaan keperluan asas perniagaan termasuk aset seperti mesin, membaik pulih premis perniagaan dan modal kerja.

"MIDF menyatakan pihaknya memperkenal bantuan pembiayaan khas di bawah Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) pada 15 Februari lalu," kata kenyataan itu.


(GAMBAR FAIL)

Melalui pembiayaan itu, penambahbaikan lain juga ditawarkan termasuk tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun dan moratorium 12 bulan.

Untuk menerima pembiayaan itu, PKS yang beroperasi di kawasan bencana hendaklah memberikan bukti daripada pejabat daerah atau salinan laporan polis.

SMEEF 2.0 disediakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui SME Corporation Malaysia dan diuruskan oleh MIDF.

Media Baharu