fb fb fb fb fb

Kerja pembaikan paip pecah telah siap, bekalan air dijangka pulih kembali 4 pagi esok - Air Selangor

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Kuari, Kg Cheras Baru, siap dilaksanakan pada pukul 4.15 minit pagi tadi.

Justeru bekalan air akan mula disalurkan ke kawasan terjejas setelah bekalan air bersih melalui ujian kualiti serta mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Air Selangor dalam status di laman twitter menjelaska, waktu pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung kepada jarak premis pengguna.

Oleh itu pengguna yang telah menerima bekalan air dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar mengikut jadual.

Bekalan air di semua kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pukul 4.00 pagi, esok.

Menurut kenyataan itu, tempoh masa pemulihan bekalan air berbeza mengikut lokasi dan jarak premis.

“Bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki akan terus digerakkan di kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengkebumian.

“Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini,” menurut kenyataan itu.


(Perkembangan terkini status pemulihan bekalan air di Wilayah Kuala Lumpur/FBAIRSELANGOR)

Pengguna boleh merujuk jaringan media sosial atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Semalam 13 kawasan sekitar ibu negara mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan kawasan yang terjejas ialah Taman Muda, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Pandan, Kampung Cheras Baru, Taman Mawar, Taman Seraya, Taman Mega, Taman Bukit Teratai, Taman Melur, Taman Saga, Taman Putra, Taman Mewah dan Taman Mestika.

Media Baharu