fb fb fb fb fb

80,000 penduduk telah dipindahkan dari kawasan sekitar Kiev dan Sumy dalam tempoh dua hari

(ASKAR Ukraine membantu seorang warga emas melintas sebuah jambatan yang musnah ketika berpindah keluar dari banda Irpin/AFP)

LVIV, 11 Mac - Lebih 80,000 penduduk telah dipindahkan dari kawasan sekitar Kiev dan Sumy dalam tempoh dua hari lalu, ketika tentera Rusia semakin menghampiri bandar berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk dalam video yang dimuat naik di aplikasi Telegram berkata daripada jumlah itu, lebih 60,000 penduduk dipindahkan dari bandar Sumy dan kawasan sekitar.

(Bas dalam perjalanan ke Mariupol, Ukraine, untuk mengambil mangsa yang dipindahkan/REUTERS)

Kira-kira 20,000 lagi dari kawasan barat laut Kiev.

3,000 penduduk lagi dipindahkan dari bandar Izyum di timur Ukraine.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 2.3 juta penduduk meninggalkan Ukraine sejak dua minggu lalu susulan pencerobohan Rusia. -AFP

Media Baharu