fb fb fb fb fb

Rusia dakwa rampas satu lagi bandar Ukraine

(Tentera Ukraine menembak sebuah howitzer Jerman Panzerhaubitze
2000, ketika serangan Rusia ke atas Ukraine/ AFP)

KRAMATORSK, 14 Januari- Rusia mendakwa tenteranya berjaya merampas bandar Soledar yang dilanda perang di timur Ukraine, dakwaan pertama setelah beberapa bulan tidak melaporkan sebarang kemaraan baharu.

Kementerian Pertahanan Rusia mengumumkan ia telah "melengkapkan pembebasan" Soledar dan kemenangan itu akan membuka jalan kepada lebih banyak "operasi serangan yang berjaya" di wilayah Donetsk.

Dalam kenyataan berasingan, ia memuji pasukan "berani dan tidak mementingkan diri" kumpulan upahan Wagner kerana menyerbu Soledar.

Kiev bagaimanapun menolak pengumuman Rusia dan mendakwa, "pertempuran sengit" sedang berlaku di Soledar, sebuah bandar perindustrian dengan populasi sebelum perang kira-kira 10,000 kini menjadi runtuhan.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pertahanan, Ukraine Ganna Malyar berkata Rusia telah menggerakkan sebahagian besar tenteranya di sekitar Donetsk untuk menawan Soledar. "Ini adalah fasa perang yang sukar," katanya. -AFP

(FOTO REUTERS)

Media Baharu