fb fb fb fb fb

PAU 2022, sesi perbahasan ucapan dasar presiden berlangsung hari ini

Foto FB UMNO Online

KUALA LUMPUR, 14 Januari-Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang memasuki hari terakhir hari ini menyaksikan perwakilan dijadual membahaskan usul ucapan dasar presiden sebelum menangguhkan persidangan pada pukul 6.30 petang nanti.

Pentas PAU kali ini menjadi medan bagi pemimpin UMNO khususnya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan berhubung kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan perpaduan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, pertandingan jawatan tertinggi UMNO pada pemilihan parti turut menjadi perdebatan yang mana pemilihan itu akan dilaksana pada pertengahan tahun ini.

Kesemua perwakilan yang hadir mengenakan busana tradisional berwarna biru, merah dan putih.

Seramai 5,523 perwakilan ‘berkampung’ empat hari di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara sejak Rabu lalu.

Ia termasuk 2,648 perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO, Wanita (950), Pemuda (967) dan Puteri (958).


(Foto FB UMNO Online)

Media Baharu