fb fb fb fb fb

Pasar awam lama akan dibangunkan sebagai pasar warisan - KPKT

IPOH, 14 Januari- Pasar awam yang telah lama di seluruh negara akan dibangunkan sebagai pasar warisan, sekali gus menjadi produk terbaharu pelancongan negara.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata kajian akan dilakukan bagi mengekalkan ciri-ciri warisannya mengikut akta sedia ada.

"Kita akan kaji semua pasar-pasar yang usang tapi kita akan memberi keutamaan kepada pasar yang bersejarah, yang lama dan ada juga saya difahamkan ada pasar yang telah dulu terbakar daripada dulu tidak dibina semula.

Saya akan meneliti setiap kes tetapi kami di KPKT sudah ada rancangan. Maka, saya akan umum nanti dan paling penting kebajikan dan kesejahteraan rakyat terjaga," kata Kor Ming kepada pemberita RTM selepas mengadakan program Walkabout sempena Tahun Baharu Cina di Pasar Besar Ipoh.


(Menteri KPKT, Nga Kor Ming menyantuni peniaga dan pembeli di Pasar Besar Ipoh)

Pasar awam Taiping antara yang sedang dinaik taraf menjadi pasar awam bertaraf warisan negara dan dijangka siap pada tahun hadapan sempena ulang tahun Bandar Warisan Taiping ke-150.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM2 juta bagi kerja membaik pulih Pasar Besar Ipoh dan Pasar Awam Pinji.

 

Media Baharu