fb fb fb fb fb

Runtuhan kuari: Operasi SAR masih diteruskan

(FOTO BERNAMA)

IPOH, 8 April - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Perak masih diteruskan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata setakat ini tiada keputusan untuk menghentikan pencarian tersebut.

(Mior Faridalathrash)

Jelas beliau, sepanjang operasi dijalankan pihaknya turut mendapat kerjasama baik daripada semua pihak termasuk pengusaha kuari.

"Setakat ini kita belum buat keputusan lagi walaupun operasi sudah masuk hari ke-31. Pelbagai usaha telah dibuat oleh semua agensi termasuk pengusaha kuari yang memberi kerjasama kepada polis untuk mengesan dua mangsa yang terlibat, begitu juga dengan jentera yang digunakan," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media di IPK Perak.

Dalam kejadian 8 Mac lalu, dua mangsa dipercayai tertimbus di bawah runtuhan kuari, dikenali sebagai Kheow Loo Siew Soon, 49 tahun dan Itam Lasoh, 43 tahun.

Media Baharu