fb fb fb fb fb

Runtuhan kuari di Simpang Pulai, polis pastikan tiada risiko bahaya semasa misi menyelamat

IPOH, 8 Mac- Susulan kejadian runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihak Jabatan Mineral dan Geosains Negeri memaklumkan masih terdapat pergerakan tanah di kawasan tersebut.

Justeru, kajian terperinci perlu dibuat sebelum kerja-kerja menyelamat dijalankan ke atas dua lagi mangsa yang terperangkap.

"Pihak smart team saya dimaklumkan oleh pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), pihak smart team pun akan datang dengan peralatannya untuk mengkaji mengenai pergerakan tanah ini sebab kita tak nak dalam usaha kita nak menyelamat mangsa ini akan menyebabkan kecederaan kepada pasukan penyelamat dan sebagainya," kata Datuk Mior kepada pemberita ketika meninjau kawasan kejadian.


(Keluarga mangsa yang hilang dikhuatiri tertimbus sebak ketika ditemui dalam kejadian runtuhan batu kuari di kawasan Tambun, Simpang Pulai, Ipoh, Perak pagi tadi/BERNAMA)

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengesahkan tiada proses letupan dilakukan sebelum kejadian dan punca runtuhan masih dalam siasatan.

Identiti dua mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tersebut dikenali sebagai Kheow Loo Siew Soon, 49 tahun dan Itam a/l Lasoh, 43 tahun.

Manakala dua lagi mangsa, mengalami cedera parah.

Media Baharu