fb fb fb fb fb

Tambah baik sistem perparitan, atasi isu banjir di Lembah Klang

(Datuk Seri Dr Shahidan sempat bertemu mesra dengan penduduk terjejas banjir)

KUALA LUMPUR, 8 Mac - Sistem Perparitan di Kuala Lumpur perlu di tambah baik, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Walaupun sistem smart tunnel sudah ada, pendekatan jangka panjang dan pendek harus di perbaiki bagi mengelak masalah banjir kilat.

(Datuk Seri Dr Shahidan ditemui wartawan selepas membuat lawatan dan memberikan bantuan kepada penduduk terjejas banjir di PPSDewan Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu)

"Jadi kita perlu melihat semula sistem perparitan kita kembali. walaupun kita dah buat yang terbaik dan kita mmepunyai 'Smart Tunnel' dan 'Smart Tunnel' tersebut berfungsi untuk mengalirkan air pergi ke kolam, secara berperingkat ke dalam sungai,"

"Tapi kalau sungai yang ada sudah melimpah, kejadian tersebut akan timbulkan masalah,"Kata Shahidan kepada media semasa membuat lawatan dan memberikan bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu. di sini.

Menurut beliau, tugas utama sekarang memastikan semua penduduk terjejas banjir diberikan bantuan secepat mungkin.

 

Media Baharu