fb fb fb fb fb

Syria Care Malaysia sasar kumpul dana bantuan Ramadan untuk pelarian Syria

SHAH ALAM, 8 Mac - Syria Care Malaysia menyasarkan sebanyak RM4.2 juta bagi mengumpul dana bantuan Ramadan untuk 720,000 pelarian Syria menerusi Kempen Ramadan Al Khair 10.0.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki, setakat ini jumlah kutipan dana yang terkumpul sejak 1 Februari lalu baru mencapai 20 peratus iaitu RM140,000.

"Kalau tahun lepas sebenarnya kami dapat menjayakan sembilan dapur, tahun ini memandangkan situasi semasa kita sasarkan awal hanya empat buah dapur, seandainya keadaan mengizinkan, itu pun walaupun empat dapur, itulah yang kita dapat sediakan mengikut ramalan berdasarkan sumbangan yang masuk sekarang, kita belum mencapai kapasiti maksima, baru 20 peratus," katanya selepas melancarkan kempen mengumpul dana bantuan Ramadan pelarian Syria, di sini.


(Pakej bantuan makanan yang menggunakan OrderFood akan dihantar ke Syria)

Tambah Siti Sakinah, lokasi agihan kempen kali ini merangkumi tiga negara iaitu Syria, Lubnan dan Turki yang mempunyai ramai pelarian Syria yang hidup dalam keadaan daif serta serba kekurangan.

Terdapat dua jenis pakej bantuan makanan yang ditawarkan iaitu set iftar berharga RM15 manakala sekotak pek makanan kering berharga RM150 menerusi penggunaan OrderFood yang akan dihantar ke Syria.

Media Baharu