fb fb fb fb fb

37 anak veteran ATM terima bantuan persekolahan bernilai RM500

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Seramai 37 anak veteran ATM menerima bantuan persekolahan 'Back To School' sebanyak RM500 melalui Tabung Zakat Yayasan Veteran ATM dan Dana Kempen Tabung Pahlawan bagi tahun 2022.

Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz lebih 627 penerima akan dibayar terus melalui akaun bank masing-masing pada pertengahan bulan ini.

"Pada tahun ini, JHEV ATM melalui Yayasan Veteran ATM telah memperuntukkan sejumlah RM335,500 sebagai inisiatif kepada 671 anak-anak veteran ATM yang layak dalam program bantuan persekolahan 'Back to School' 2022," kata beliau dalam sidang media selepas majlis penyampaian tersebut di ibu negara.


(FOTO FB TIMBALAN MENTERI)

Beliau menyifatkan bantuan ini sebagai penghargaan jasa veteran yang menjaga kedaulatan negara suatu masa dahulu.

Beliau juga berterima kasih kepada DESATERA Sdn Bhd, Koperasi Tentera, Affin Hwang Investment Bank Berhad yang menyalurkan dana bagi program Bantuan Persekolahan yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur hari ini.

Tujuan program ini adalah untuk meringankan beban sara hidup keluarga veteran ATM yang kurang berkemampuan selain meningkatkan semangat anak-anak veteran ATM untuk ke sekolah.

Media Baharu