fb fb fb fb fb

Keadaan banjir di Perak pulih sepenuhnya

IPOH, 8 Mac- Keadaan banjir di Perak pulih sepenuhnya selepas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terakhir iaitu Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak ditutup, 3 petang tadi.

PPS berkenaan menempatkan 15 penduduk daripada tiga keluarga.

Perkembangan itu membolehkan kesemua penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing.


(Anggota JBPM negeri membuat pemantauan berterusan meski banjir semakin pulih selain memberi bantuan kepada penduduk terjejas membersihkan kediaman mereka)

Terdahulu, 18 penduduk daripada 4 keluarga dibenarkan pulang selepas PPS Dewan SMK Khair Johari, Muallim ditutup 8.30 pagi tadi.

Kesemua mereka merupakan penduduk daripada Kampung Berop, Tanjung Malim.

Media Baharu