fb fb fb fb fb

Malaysia ke fasa peralihan endemik, pembukaan semula sempadan negara 1 April - PM

(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media khas di Bangunan Parlimen hari ini/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bahawa Malaysia akan memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’ dan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April depan.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet.

(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) pada sidang media khas di Bangunan Parlimen hari ini/BERNAMA)

 "Penting untuk saya maklumkan, fasa ‘peralihan ke endemik’ ini merupakan strategi keluar untuk membolehkan kita semua kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan COVID-19," kata beliau.

Fasa peralihan itu, katanya merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke fasa endemik yang tertakluk pada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)," kata Ismail Sabri dalam sidang media khas di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Malaysia menutup sempadan negara kepada pelancong dan pelawat asing sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 bagi mengekang penularan COVID-19 dalam negara.

Sehubungan itu, Datuk Ismail Ismail berkata bermula 1 April beberapa prosedur operasi standard (SOP) telah digariskan seperti berikut iaitu Pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu dan Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan.

“Pemilik premis dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis. 

“Ini bermakna anda semua bolehlah makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Bolehlah bersahur di luar,” katanya.

 

Media Baharu