fb fb fb fb fb

Rundingan UMNO, PAS hanya sah jika diputuskan parti

(Ismail Sabri ketika berucap merasmikan MIHAS 2022 hari ini/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 8 September- Pertemuan sulit dan setiap rundingan dalam UMNO dan PAS hanya boleh disahkan jika perkara itu diputuskan oleh parti.

Demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata rundingan perlu dilakukan secara rasmi dan diputuskan oleh UMNO.

"Jika ada rundingan atau perbincangan, kita tidak boleh sekat.

"Sesiapa saja boleh berjumpa dengan rakan daripada PAS atau parti lain.

"Rundingan hanya boleh jadi sah dan menjadi dasar parti jika ia diputuskan oleh parti, yang mana UMNO putuskan siapa wakil sah untuk berunding dan sebagainya.

"Jika sendiri, ia tidak dianggap mewakili parti," jelasnya.

(Ismail Sabri)

Ismail Sabri menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2022, di sini hari ini.

Terdahulu, pemimpin PAS mendakwa wujud rundingan sulit membabitkan pemimpin tertentu dalam UMNO dan PAS berkenaan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15.

Media Baharu