fb fb fb fb fb

Perak teliti tapak bersesuaian, buka kawasan perindustrian baharu

SERI ISKANDAR, 8 September- Perak sedang meneliti tapak sesuai untuk membuka kawasan perindustrian baharu di utara negeri terutama Bagan Serai dan Parit Buntar.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pada masa sama pihaknya juga akan mempertimbang sama ada perlu melakukan proses pengambilan tanah atau menjalin kerjasama dengan pihak berkaitan bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Jelasnya, keperluan mewujudkan kawasan tersebut didorong oleh kepesatan pembangunan di Pulau Pinang.

Selain dapat menyediakan lebih banyak peluang pelaburan kepada industri.

"Sebab kita menerima permintaan pelabur-pelabur yang sedang beroperasi di Pulau Pinang, mereka nak membesarkan, nak meningkatkan mereka punya perniagaan, pelaburan, tidak ada tanah yang mencukupi di Pulau Pinang dan mahal.

"Tapi pada waktu sama mereka perlu kawasan baharu, yang berhampiran dengan pelabuhan Pulau Pinang dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

"Jadi tempat yang paling hampir itu adalah Parit Buntar dan Bagan Serai malah dia lebih dekat dengan jambatan kedua Pulau Pinang," katanya.

(Datuk Seri Saarani Mohamad)

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Fasiliti Kilang Elektrik dan Elektronik XP Power, di sini hari ini.

Projek dikenali sebagai Asia III itu melibatkan pelaburan sebanyak RM300 juta dan dijangka siap menjelang suku kedua tahun 2024 serta mampu menjana 1,200 peluang pekerjaan.

Media Baharu