fb fb fb fb fb

MAFI harap peruntukan ditingkatkan dalam Bajet 2023

KEPALA BATAS, 8 September- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berharap peruntukan bagi kementeriannya dapat ditingkatkan dalam Bajet 2023.

Menteri, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata ia bagi memastikan sekuriti agromakanan dalam negara terus diperkasa.

"Pemodenan dalam sektor pertanian, kelangsungan dari segi adaptasi terhadap Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) memerlukan dana berterusan daripada kerajaan.

"Jadi MAFI berharap agar Kementerian Kewangan melihat ini sebagai sesuatu yang perlu diberi keutamaan dan MAFI memohon agar bajet tahunan dapat ditingkatkan," katanya.

(Datuk Seri Dr Ronald Kiandee)

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Peladang Negeri (PPN) Pulau Pinang kali ke-48, di sini hari ini.

Ronald memaklumkan, salah satu usaha membangunkan sektor pertanian yang dilaksana kerajaan ialah Program Penanaman Padi Lima Kali Dalam Tempoh Dua Tahun.

Inisiatif dicadang dilakasana pada Disember tahun ini, sebagai musim penanaman tambahan.

Projek rintis membabitkan kawasan sawah padi seluas 1,220 hektar dijangka meningkatkan pendapatan 628 pengusaha sebanyak 25 peratus, berbanding mengusahakannya empat kali dalam tempoh dua tahun.

Media Baharu