fb fb fb fb fb

Eucalyptus projek rintis ladang komuniti di Jempol

(Datuk Zuraida Kamaruddin, pada Majlis Pelancaran Nurseri dan
Perasmian Perladangan Komuniti di Batu Kikir, Jempol)

JEMPOL, 8 September- Projek Ladang Komuniti dapat memberi suntikan kepada ekonomi negara sekali gus menyumbang kepada penambahan stok bekalan kayu.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, pihaknya menyasarkan 10,000 hektar tanah terbiar di seluruh negara untuk diusahakan dengan tanaman kayu-kayan.

Projek perintis ladang komuniti yang dilaksana di Batu Kikir, Jempol itu melibatkan 100 hektar tanaman pokok Eucalyptus yang akan diusahakan oleh 78 orang peserta.

Projek itu bakal diperluas ke kawasan tanah terbiar yang lain untuk diusahakan dengan kayu-kayan agar dapat menjadi sumber bahan mentah bagi industri perkayuan.

(Datuk Zuraida Kamaruddin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi)

Jelas Datuk Zuraida Kamaruddin, "setiap satu ekar tanah boleh tanam 600 batang Eucalyptus, jadi sebatang pokok boleh dapat dalam RM200.

"Dalam tempoh enam tahun, 600 kali potongan boleh dilakukan dan pendapatan boleh mencecah RM60,000 untuk satu ekar.

"Jadi daripada tanah terbiar dekat rumah kita, eloklah masuk program itu agar dapat manfaatkan untuk pendapatan peribadi boleh menyumbang sumber bahan mentah untuk industri kayu-kayan." Jelasnya ketika ditemui pemberita.

Beliau ditemui pada Majlis Pelancaran Nurseri dan Perasmian Perladangan Komuniti di Batu Kikir, Jempol.

Industri perkayuan menjadi sektor penting kepada pembangunan ekonomi negara dengan merekodkan eksport berjumlah RM13.2 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Berbanding pada tahun lalu, industri kayu keseluruhan telah mencapai nilai eksport melebihi RM22 bilion.

Media Baharu