fb fb fb fb fb

Kelonggaran pemakaian pelitup muka disambut baik rakyat Perak

(Orang ramai masih mengamalkan pemakaian pelitup muka ketika di tempat tertutup)

SERI ISKANDAR, 8 September- Rakyat Perak menyambut baik kelonggaran pemakaian pelitup muka yang diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pada Rabu.

Namun begitu, sebilangan besar masih memilih untuk terus memakainya terutama ketika berada di kawasan sesak.

Tinjauan RTM Perak mendapati, kebimbangan dijangkiti wabak Covid 19 masih ada dalam kalangan rakyat meskipun situasi sekarang bertambah baik.

(Ahmad Shamil Mohamad ketika ditemui pemberita)

Menurut Ahmad Shamil Mohamad, "pemakaian pelitup muka masih perlu dipakai sebab COVID-19 masih ada.

"Benda kita tak nampak. Tapi saya secara peribadi mengambil pendirian untuk sentiasa memakai pelitup muka di kawasan tertentu." Jelas beliau ketika ditemui pemberita.

Pendapat sama turut dikongsi, Muhammad Khalish Nantha Rajendran, "Walaupun negara masih belum bebas sepenuhnya daripada COVID-19, namun pemakaian pelitup muka masih diperlukan bagi mereka yang mempunyai simptom, demi menjaga kesihatan."

Bagi Ishak Hashim, beliau berpendapat "biarlah pakai pelitup muka, sebab kita pun dah terbiasa dengan pemakaian pelitup muka.

"Kita pun masih dalam keadaan COVID-19 lagi." tegasnya ketika ditemui pemberita.

Media Baharu