fb fb fb fb fb

Operasi stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga 1 pagi

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 8 September- Operasi stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga pukul 1.00 pagi, bersempena Perlawanan Akhir Piala FA 2022 antara pasukan Terengganu dengan Johor Darul Takzim (JDT) pada 10 September.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh RapidKL.

Ia bagi memudahkan perjalanan penyokong atau penumpang khususnya selepas selesai perlawanan.

Penumpang juga diminta untuk memastikan baki kad Touch n Go mencukupi bagi memudahkan perjalanan.

Penyokong digalakan untuk memarkir kenderaan di fasiliti 'Park & Ride' yang tersedia di stesen-stesen LRT dan MRT.

Tren tambahan juga akan disediakan untuk membawa penumpang selepas tamat perlawanan.

(Penumpang diminta pastikan baki kad Touch N Go mencukupi bagi memudahkan perjalanan)

Media Baharu