fb fb fb fb fb

MIHAS 2022: Testimoni keberkesanan pembangunan industri halal

KUALA LUMPUR, 8 September- Penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-18 tahun ini, testimoni kepercayaan rakyat terhadap keberkesanan strategi kerajaan dalam memacu pembangunan dan inovasi industri halal di Malaysia dan antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan peningkatan hasil jualan tahun ke tahun, memberi kesan limpahan kepada sektor berkaitan halal.

Sekali gus, menyumbang kejayaan syarikat-syarikat Malaysia.

"Malah, peningkatan jualan sektor halal ini akhirnya akan melonjakkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Di samping membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada masyarakat Malaysia untuk membawa industri halal ke peringkat antarabangsa," katanya.

(Ismail Sabri)

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan MIHAS 2022, di sini hari ini.

MIHAS 2022 menampilkan pameran secara fizikal dan maya berkaitan sesi pemadanan perniagaan dengan tekonologi kecerdasan buatan, ruang interaksi maya serta persidangan secara langsung.

Media Baharu