fb fb fb fb fb

Pekerti 2022-2025 ditambah baik

PUTRAJAYA, 8 September- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, KPWKM melancarkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan Pekerti 2022-2025.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata Pekerti 2022-2025 mengandungi lima teras, 11 strategi serta 26 aktiviti, berkaitan kesihatan reproduktif dan sosial, berbanding empat teras, enam strategi dan 15 aktiviti dalam Pekerti 2009-2012.

Ia merangkumi Advokasi, Promosi dan Pencegahan, Pembangunan Modal Insan, Penyelidikan dan Pembangunan serta pemantauan dan penilaian.

Jelas Rina, pelan tersebut merupakan kesinambungan Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan yang dilancar pada 2006.

“Ada banyak penambahbaikan jika dibandingkan dengan yang terdahulu. Pekerti 2022-2025 menyentuh pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial yang terpakai kepada semua lapisan masyarakat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pekerti 2022-2025 di sini.

Rina berkata, pelbagai program yang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk Pekerti 2022-2025 itu, akan dapat memastikan penerapan ilmu pengetahuan dan tanggapan yang betul mengenai kesihatan reproduktif serta seksual dicapai.

(Rina (tengah kiri)melancarkan Pekerti 2022-2025)

"Perkembangan dan penilaian dasar Pekerti 2022-2025, akan dipantau Jawatankuasa Penasihat dan Penyelaras untuk Kesihatan Reproduktif (ACCRH) yang diketuai Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

“ACCRH akan melaporkan mengenai pelaksanaan, isu, cabaran serta cadangan penambahbaikan kepada KPWKM, bagi setiap program atau tindakan yang dilaksanakan,” katanya.

Media Baharu