fb fb fb fb fb

11 wanita warga asing menjalankan kegiatan persundalan ditahan

(11 wanita dan seorang lelaki warga asing dalam Ops Noda)

GEORGE TOWN, 8 September- Modus operandi berselindung di sebalik rumah urut dan salon rambut yang digunakan satu sindiket pelacuran di Sungai Nibong, George Town akhirnya tumpas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, V. Sarravanan berkata, "kesemua yang berusia antara 24 hingga 52 tahun itu ditahan menerusi Ops Noda yang dijalankan semalam.

"Di pusat itu, digunakan sebagai rumah urut serta salon kecantikan.

"Hasil pemeriksaan, 11 wanita warga asing disyaki menjalankan kegiatan persundalan telah ditahan."

Dalam operasi itu, seorang lelaki warga asing dipercayai pelanggan kegiatan tersebut turut ditahan.

(Barangan rampasan dalam Ops Noda, di Sungai Nibong, Pulau Pinang)

Kadar bayaran yang dikenakan adalah sekitar RM50 hingga RM150 mengikut kategori.

Kesemua suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan iaitu mencari langganan bagi maksud pelacuran dan Peraturan 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial, Seksyen 6(3) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Operasi selama hampir tiga jam itu berakhir pukul 9.00 malam pada Rabu.

Media Baharu