fb fb fb fb fb

777 PPS disediakan kerajaan Johor sebagai persediaan banjir

(Anggota APM dalam bantuan penduduk terjejas banjir)

KLUANG, 8 September- Kerajaan Johor menyediakan 777 pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah negeri itu sebagai persediaan berdepan bencana banjir yang dijangka berlaku antara November hingga Februari depan.

Jumlah PPS berkenaan dijangka dapat menampung kira-kira 200,000 penduduk terjejas sekiranya berlaku banjir.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Khairin-nisa Ismail berkata, "pelbagai agensi terlibat turut mengambil langkah proaktif sebagai persediaan menghadapi bencana banjir di negeri Johor."

"Berikutan keadaan cuaca tidak menentu, jadi pihak JKM telah mengambil satu langkah lebih awal supaya kiranya berlaku bencana dalam waktu terdekat ini, kita telah bersedia dengan bersama pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pengerusi bencana daerah."

(Foto hiasan)

PPS dibahagi kepada tiga skala iaitu skala besar, sederhana dan kecil bagi menghadapi kemungkinan peningkatan penduduk terjejas banjir semasa fenomena La Nina ketika ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Peringkat Negeri Johor di Kahang, Kluang.

Program dihadiri 200 orang peserta terdiri daripada pelbagai agensi peringkat daerah, warga kerja dan sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta 'Southern Volunteer' (SV).

Media Baharu