fb fb fb fb fb

Industri francais tingkatkan sosio-ekonomi

KUALA LUMPUR, 8 September- Industri francais mampu memainkan peranan meningkatkan sosio-ekonomi golongan B40 dan M40.

Usaha tersebut digerakkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP menerusi program Francais Mikro Dan Mampu Milik, F3M.


(Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semasa Majlis Perasmian
Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2022 di sini)

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan komited menyokong usaha tersebut dari sudut pakej latihan dan pembiayaan.

Menerusi Akta Francais 1998 juga, tumpuan diberi kepada aspek tadbir urus dan kawal selia demi industri francais yang mampan.

Strategi pengantarabangsaan juga ditekankan menerusi program Enhanced Franchise Development Programme dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA), Unit Perancang Ekonomi dan MATRADE.

Industri francais diunjurkan menyumbang sejumlah RM 22.6 bilion kepada ekonomi menjelang 2025.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan perasmian Pameran Dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2022 (FIM 2022).

Teks dibaca Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Berlangsung selama dua hari di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur, penganjuran edisi ke-29 itu menampilkan 91 pempamer dari 9 negara dengan sasaran kehadiran 14 ribu pengunjung.

Media Baharu