fb fb fb fb fb

Rundingan agihan kerusi PH-BN boleh dimulakan - Saifuddin

(Saifuddin Nasution Ismail)

SEREMBAN, 14 April- Pakatan Harapan (PH) di enam negeri boleh memulakan rundingan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama Barisan Nasional (BN) bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses rundingan telah dibincangkan di peringkat pusat antara PH dan BN berdasarkan parameter serta formula yang ditetapkan.

"Di peringkat negeri, kami mengarahkan untuk memulakan rundingan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

"Mana-mana yang mencapai persetujuan kami anggap bersetuju dan bagi yang belum bersetuju, perkara itu akan diangkat ke peringkat jawatankuasa di peringkat Pusat untuk dimuktamadkan," katanya kepada pemberita pada majlis penerapan nilai-nilai murni dan iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani di sini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, ia bagi memastikan tiada pertembungan antara PH dan BN pada hari penamaan calon.

Jelasnya, isu berbangkit mengenai tuntutan kerusi merupakan proses biasa dalam rundingan politik.

(Saifuddin Nasution Ismail)

Media Baharu