fb fb fb fb fb

Sistem perniagaan digital, peniaga raih pendapatan lumayan

TASEK GELUGOR, 14 April- Penularan wabak COVID-19 sejak dua tahun lalu telah menyebabkan berlakunya segmen pasaran baharu melalui penerapan e-dagang dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan peniaga kecil-kecilan.

Ke arah itu, seorang usahawan muda telah membuktikan kemampuan dengan berjaya meraih pendapatan antara RM600 hingga RM1,000 seminggu dengan hanya menerima tempahan untuk menjahit pakaian.

Nur UmmiUmaira Azmi, 21 tahun pemilik Inspirasi Mayra, yang berjaya membuka premis jahitan di Pokok Sena, menggunakan teknologi digital untuk berdepan dengan dunia perniagaan baru.

"Perancangan saya pada masa depan untuk memperluaskan lagi perniagaan ini, membesarkan kedai dan membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.

"Kerajaan banyak membantu dengan menawarkan kursus-kursus berkaitan, sekaligus saya dapat mempelajari ilmu lebih mendalam tentang perniagaan," katanya kepada pemberita di sini.

Memulakan perniagaan jahitan pada tahun 2020, Nur UmmiUmaira adalah hasil produk Giat Mara Kepala Batas, Nibong Tebal serta mendapat bimbingan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Pekerja Inspirasi Mayra, Siti Rashidah Ismail berkata beliau dapat belajar dan menguasai kemahiran jahitan selepas bekerja di premis ini.

"Antara kelebihan diperolehi ketika bekerja di sini, saya dapat memperbaiki jahitan dan sudut kekemasan pakaian," katanya.

Dalam pada itu, seorang pelanggan yang telah menggunakan khidmat Inspirasi Mayra, Sabariah Fadzil berkata berkat ketekunan dan pelbagai jenis jahitan menjadi pilihannya untuk terus menggunkaan khidmat Inspirasi Mayra.

"Inspirasi Mayra kini sedang menerima pelbagai tempahan daripada media sosial dan juga pelanggan dari sekitar kawasan ini.

"Inspirasi Mayra boleh dijadikan inspirasi untuk kita menceburi diri dalam bidang perniagaan," katanya.


(Perancangan saya pada masa depan untuk memperluaskan lagi perniagaan ini,
membesarkan kedai dan membuka peluang pekerjaan kepada orang lain)

Media Baharu