fb fb fb fb fb

Rumah Terbuka Parlimen Nibong Tebal terap amalan Keluarga Malaysia

NIBONG TEBAL, 21 Mei - Amalan keluarga Malaysia diterapkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOM) menerusi penganjuran Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di parliman Nibong Tebal.

Seramai 7,000 pengunjung terdiri dari agensi dan jabatan bawah K- KOM serta peduduk sekitar berbilang kaum hadir memeriahkan majlis tersebut.

Timbalan Menteri K-Kom, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata ia merupakan kerjasama dari pihaknya dengan UMNO bahagian Nibong Tebal.

Sementara itu, pengunjung turut menzahirkan rasa teruja menghadiri rumah terbuka tersebut setelah dua tahun tidak dapat berbuat demikian akibat pandemik COVID-19.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan artis dan penyerahan bantuan kepada penduduk setempat.

 

Media Baharu