(Foto Anwar Ibrahim)
ALOR SETAR, 30 April- Hampir 60,000 pengunjung hadir ke majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani, sekaligus mencapai sasaran lebih 25,000 pengunjung.
Kehadiran luar jangka pengunjung itu jelas menunjukkan sambutan positif diterima walaupun penganjurannya berlangsung di luar Lembah Klang, seperti tradisi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui penganjuran majlis itu di sini kali pertama diadakan besar-besaran bersama rakyat.
"Penganjuran ini sebagai penghargaan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat dan mengeratkan hubungan silaturahim tanpa mengira kaum, politik mahupun agama," katanya kepada pemberita di sini.
Penganjuran rumah terbuka itu akan diteruskan di lima lagi lokasi membabitkan Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan berakhir di Selangor.
(Foto Anwar Ibrahim)