fb fb fb fb fb

Kedah berpotensi berkembang bersama negeri-negeri lain

(Foto Facebook Anwar Ibrahim)

ALOR SETAR, 30 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Kedah yang dikenali sebagai Jelapang Padi, berpotensi berkembang bersama negeri-negeri lain jika dapat diuruskan dengan baik.

Antara lain dalam sektor pembuatan, Kedah mempunyai Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sebagai pemangkin yang telah dikenali sebagai taman perindustrian yang mantap di dunia.

Di samping usaha kerajaan untuk membina pelabuhan di Sanglang yang terletak di sempadan Kedah dengan Perlis, akan diteruskan.

Selain lintasan pelabuhan darat yang sedang direncanakan.

"Ia dapat mengangkat kedudukan Kedah, Perlis bersama Pulau Pinang dan Perak sebagai negeri yang lebih maju. Bagaimanapun ia harus diurus dengan baik serta mempunyai kerjasama rapat dan mantap antara kerajaan negeri dengan Persekutuan," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto Facebook Anwar Ibrahim)

Media Baharu