fb fb fb fb fb

Penduduk Kampung Koskan Tambahan akan ditawarkan Rumah Selangorku

(Foto Dr. Sathia Prakash Nadarajan)

HULU SELANGOR, 30 April- Rumah Selangorku bakal ditawarkan kepada penduduk Kampung Koskan Tambahan, Serendah di Batang Kali.

Kesemua mereka telah diarah mengosongkan kawasan terbabit.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pihaknya prihatin dengan nasib dialami penduduk yang tinggal berhampiran rizab sungai di kawasan berkenaan.

"Kita akan mendapatkan maklumat penerima oleh wakil pihak kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri bersedia menjadi perantara kepada penduduk dan wakil syarikat supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri di Padang Taman Awam Hulu Bernam, di sini malam tadi.

Pada majlis itu, seramai 10,000 pengunjung hadir memeriahkan rumah terbuka dengan 30 gerai menghidangkan aneka juadah raya.

Artis jemputan, Jay Jay Dan Iman Troye turut menghiburkan pengunjung.


(Foto Dr. Sathia Prakash Nadarajan)

Media Baharu