(Foto info.semasa)
MARANG, 30 April- Empat pejalan kaki warga Bangladesh cedera apabila dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan, semalam.
Insiden berlaku di Kilometer 51 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Jambu Bongkok, Merchang di sini.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata kereta tersebut dipandu seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun.
"Kemalangan menyebabkan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan.
"Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mereka merupakan pekerja di sebuah tapak projek solar di kawasan berhampiran, dilanggar semasa sedang berjalan di kiri bahu jalan dari rumah sewa mereka untuk ke kedai runcit.
"Mangsa, Md Shiblu Rahman, 39 tahun terpaksa ditidurkan manakala tiga lagi rakannya Md Bulbul Sikder 38 tahun, cedera di bahu kanan, Md Abdul Rodshid 39 tahun, cedera di paha kanan manakala Md Hridoy Khan, 28 tahun, patah paha kanan.
"Ketika kejadian keadaan cuaca didapati baik dan tiada hujan.
"Pemeriksaan ujian air kencing ke atas pemandu kereta adalah negatif.
"Kes terbabit disiasat dibawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi kenyataan.
(Pemeriksaan ujian air kencing ke atas pemandu kereta adalah negatif)